Blog’a’boredom – Plasticky Goodness Edition

Salam..*hurah!*

Weekend lepas aku lepak rumah Geme. First order; maintaining radio silence. I’m a weirdo in butload kind of ways. one of is kadang2 aku suka senyap. just senyap…kawan2 aku mintak maaf. korang tak menggangu, itulah AKU. harap paham. kalau rasa kecik ati, aku mintak maaf 1x lagi. but hey, living in life where 92% of your life already decided (by 3rd party), what more can i ask? Anyway, more on that later..

Keluar office ari jumaat = 9PM. penat, tapi aku gagahkan jugak.nak lepak ngn member. bila lagi. Dlm kereta, start engine aku perasan dah tinggal 1 bar. shift! lupa. 2nd order of business, isi minyak. Sampai stesyun minyak sg. penchala aku disambut mat bangla. belum sempat dia bukak mulut aku ckp, “xpe bhai, aku isi sendiri”. terchengang2 mamat bangla tu, mungkin sbb aku panggil dia “bhai”. aku keluarkan plastik 85.60 × 53.98 mm, angkat nozel, pam..aku perasan rm1.85..shift lah! aku lupa dah naek 5sen. 5sen kumpul lapan belas taun leh angkat iPuke 4. abaikan…rm10..rm12.40..rm25.35..rm30…rm34.70.. dalam ati bila la nak stop neh..*dug dug thung*..rm37.82..pam sikit lagi..rm38..ambik balik plastik ajaib..tengok resit..hati aku jadi sayu..kete makan lagi banyak dari tuan..haish~

Jalan tak jem sampai ke bangi, pelik. Orang semua tak balik kg kah? ke sedih lagi Belanda kalah? sampai bangi, lepak. 3rd order of the day, makan malam. rasa lapar, macam la tak makan 1 ari. Ayam KFC Kajang 1 bucket (sbb ayam KFC bangi tak sama macam Kajang?) no, sbb keluar makan dah after 12..order 12 ketul, dapat 9. perut lapar kitorg tahankan. dah sampai bangi baru perasan kurang 3..patah balik, keADILan harus ditegakkan. palonk gi mintak belen ayam. dapat 3 ketul, hukum konsumerizem & sistem kapitalis kitorg sepatutnya dapat lebih. paling kurang voucher petrol sbb kena datang balik kajang.

Lepak, borak, cerita dunia, akhirat, last layan Futurama..aku tak tau dah masuk season baru..layan 4 episode 1st (itu je yang ada pun). Aku tak tau bila aku tido. Penat+puas ati melepak…

Esoknya geme + palonk gi lowyatt..beli laptop..aku? kena balik damansara sbb laptop tinggal kat opis. nak sambung wat document..T&C, UAT, Implementation Report, Training Material, banyak lagi..kena buat..dah nama pun keje. kalau main teng-teng leh sambung minggu depan je (score harus diingat).

Hari Ahad hari hibernasi. kerje+lepak+tido. Cuba repair PC (mobo’s fried), tensen..guestimation of current setup replacement = rm1000++ dem! guna plastik lagi kah? (hopefully not)

Bz sampai aku tinggalkan ape aku minat (shopping techo gadget) = i got to do something with my life~

P/s: i am who i am.

Blog’a’boredom – Weekend Edition

Salam to my blog readers~

1. Hari ni kerje (mcm biasalah). Tapi ada meeting department. Bila dibentang workload memasing maka seperti biasa workload aku cam *bleep*. Syukur sbb tak la seteruk 3-4 bulan lepas. Kira ni dah cool off period. About 2 weeks before multiple project kickoff starts again.

2. Next project? Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (formerly known as HUKM). I’ll be there to implement SAN (Storage Area Network). Should be a fun project. Like i said before in FB, its good to “give” something back to the place that already “give” me so much (knowledge, experience)

3. Adik aku dapat matrikulasi! yay! rupanya2 dia mintak suma “belakang” (read: dekat) rumah je. Johor, N9, dan Melaka. Rezeki dia dekat noghori sombilan. “Poie Pokan, Naek Basikal, Tongah Hari, Tongah Paneh, Apo Dayo Motong Gotah~~” haha.kan? aku rasa cam nak hantar beliau lah~

4. It is possible since aku amek cuti Isnin ni (28/06/2010). Aku semak rekod cuti tadi baru aku perasan dah setengah taun 2010. aku tak amek cuti2 lagi. So dari kempunan baek aku cuti. Sbb taun depan cuti aku burn camtu je. Xleh nak carry forward. Taun ni baru tuka company policy.

5. Aku ada berita baik tapi tak nak announce lagi. So kpd sahabat2 yang rapat, sila tunggu ye. Nanti aku koba kan.

6. Have a nice weekend folks. See you on the other side. =)

P/s: Already miss 2009~

Damansara-Bangi-Putrajaya-Bahau-Segamat-Batu Pahat-Segamat-Damansara

Salam,

1. First of all, (takde kena mengena dgn tajuk) aku nak diskus pasal “salam”. ada orang tanya kenapa tak assalamualaikum? jawapan aku -> aku taip “salam” tapi aku cakap “assalamualaikum”. Mana boleh macam tu? ok, aku bagi soalan (or lebih kepada latihan sebutan) -> jika nama lelaki nama “MOHD azhar bin MOHD radzi” adakah korang akan sebut “Moo-Hod” instead of Muhammad? Macam jugak “sy mmg x baik sy jht”. Dalam kepala korang (subconsciously) sebut “Saya memang tak baik saya jahat”. Betul? so why ur half a brain cant translate Salam to Assalamualaikum? thats puzzle me..dem!

2. Harini aku tak sihat. (Kesian kan?) berpeluh2 dlm bilik aircond. Harini aku nak halfday. So sementara menunggu printer abis mencetak dokumen aku, aku berblog (boleh tak macam tu? hehe)

3. Aku nak share sikit apa aku buat last few days.

4. Hari jumaat lepas (04/06/2010) aku bercuti..atas kertas. Kenapa atas kertas? sebab aku gi jugak site kat kl, ada keje urgent nak kena settle. Hari Jumaat tu aku plan pagi2 nak pergi Bangi (more on this later) tapi my kerjaya prohibit me to do so. Maka aku berada di site sampai pukul 3..*sigh*

5. Dalam pukul 5 aku sampai Bangi (yay!). Melepak2 bersama kawan2. Rasa diangkat gak bebanan dibahu. Baru la aku dpt lunch sambil melepak. Sangat best. (Aku rindu Bangi.haha)

6. Agenda malam tu, kitaorg beli KFC 1 bucket, lepak The Mines, mengisi perut dengan 1 ketul ayam sorang pastu berangkat ke Bangi (last2 lepak Tasik Cempaka.haha.ape punya plan la). Tapi takpe. Best, dah lama tak melepak sekali.

7. Berborak, share kisah hidup masing2..sebahagian dari malam tu~ sebahagian yang lain takleh nak share (persidangan tertutup.haha.)

8. Sabtu (tengahari) aku berangkat dari Bangi ke Putrajaya (hantar Bob) kemudian gerak ke Bahau (hantar Dzul). 1st time aku sampai Bahau (nasib baek ada pemandu arah), dapat la aku tengok sekolah yang Dzul mengajar. sungguh comel sekolah tu.haha.

9. Sampai Segamat aku disambut oleh adik aku. Owh, btw~ sebelum tu parents aku ada pesan kena gi Batu Pahat, makcik aku buat kenduri. Maka, aku yang kepenatan ni melepak sekejap, sebelum engine sejuk aku ajak adik aku gerak.

10. Tiba je kat Batu Pahat (umah makcik aku) terus tahlil. Sempat gak. Macam biasa, aku beramah mesra dengan sedara mara (borak2 kosong dan penuh). Soalan standard? related to KAWIN (biasalah kan?)

11. Yang pling penting dapat jumpa family including my anak buah – Aniq Fawwaz. Makin nakal, tapi baik (camne tu?). Dia suka buat hal dia sendiri. Tapi tak merengek, tak mengada2, as if dia tau dia kat umah orang so dia kena behave. Pandai abang+k.ipar aku didik dia.

11. Mainan (kekura berlampu, ada lagu – weird thing about the song, it actually sang “…where Aniq”, leh gerak2) hadiah birthday dah tak bersuara dah. Tapi xpe. main la cara mana pun Aniq. nanti Pak Uda beli lagi. janji Aniq eppy udah la.

12. Malam tu gak kitaorg balik Segamat balik. Pukul 1:30AM sampai umah. Penat tak hingat. Aku terus tido.

13. Ahad (petang) aku dah gerak balik Damansara. Sampai pukul 8pm. Jem segala bagai. Kepenatan tapi puas ati. Jumpa family, sedara mara & kawan2.

14. I feel like alive again..you guys are like fuel to my life..i will always cherish this moment~

P/S: Ada apa dengan soalan “Bila nak kawin?” ye tak? =P

Mencari Sejemput Peluang

Salam untuk semua,

1. Diberikan satu peluang, pilih peluang atau kepastian

2. Peluang = perlu berusaha untuk sesuatu

3. Kepastian = conpirm dapat sesuatu

4. Aku? ..peluang itu lebih baik

5. Kadang-kadang kita perlu berpeluh untuk dapatkan sesuatu, jika 1/2 jalan sudah jemu bukan itu yang kita maukan.

6. Kalau dah mencuba tapi gagal, peluang akan membuatkan kita cuba lagi.

7. Pasti bukan tak baik tapi bukan untuk aku.

8. Pencarian mengisi hidup aku takkan terhenti, tapi adakah “peluang” ada bersama-sama aku?

9. Mengisi hidup = keluarga, kawan2, kerjaya, atau mungkin teman? (who knows, even for me, right?)

10. Aku diberi peluang yang baik dalam kerjaya, tapi dalam hal lain ~ kurang berjaya.

11. Kadang2 aku terlepas peluang, tapi bagi aku, tu bukan peluang

12. Kita takkan terlepas peluang sebab peluang tu sememangnya untuk kita. Dah ditulis.

13. Jika dengan izin Tuhan kita tak dapat merebut peluang, anggaplah ianya satu hint yang kita tidak bersedia untuknya.

14. Aku selalu pesan kepada kawan2 aku: “Kadang2 kita tak tau apa yang kita nak, mungkin kita nak sesuatu pada masa tu, tetapi hakikatnya kita tak perlukan, malah kita mungkin akan lupakan sebaik sahaja kita dapat”

15. Hakikatnya kita tidak pasti

16. Pasti = ikut gerak hati, penilaian akal, pengalaman

17. Tapi kalau dah sekali melangkah, teruskan. jangan paling kebelakang. yakinlah dengan kepastian yang kita dah nilai

18. Aku doakan kebaikan untuk semua

p/s: Semkema tak? haha, mod trainer hari ni. Maka serius lah~ =)

Bullet Time Effect

Salam,

[Bagi yang memulakan membaca blog ini dengan frasa: lama betul mamat ni tak update blog, sila baca entry seterusnya]

Kerja-kerja-kerja

Itu jelah yang aku leh katakan, sangat bz..tapi syukur juga sebab 2 daripada 3 project dah handover..now nak handle post implementation and support. harap2 so called design aku tak ada problem apa2.

[Enough about work, move on to lighter side of my life]

1. Yay! dah 24! dah leh [          ]..mihahhahahaha…

2. Game baru ape yang best? Bad Company 2 dah settle..terlalu mudah [bongkak]

3. Sape nak main paintball, sila ajak aku..aku tak nak la main paintball sorang2. cam haram.

4. Panas betul cuaca hari ni. kenapa eh? [lajukan kipas jap]

5. Aku nak perkenalkan chengoreng (seekor ikan laga peliharaan aku yg sangat poyo), dia cakap hello.

6. Panas! [amek eskrim..nak?]

7. Sedang berbalas email dengan boss di States. kat sana baru pukul 10 pagi..so kena layankan time zone beliau.

8. Esok akan ke Site. kerja banyak. chayookk!

9. Tangan gatal nak membeli belah di Lelong.com.my [must resist!]

10. Kepada pembaca blog saya, saya ucapkan terima kasih sebab nak amik tau hidup saya (at least).

11. Kepada sahabat saya, saya ucapkan terima kasih (kepada yang bersabar dengan keserabutan hidup saya)

12. Kepada family, saya sayang korang semua! ^_^v

-lonewolf a.k.a azharadzi-

Birthday Edition : Ayahku yang ku respek selalu

Salam,

Kira suma ada seorang ayah (secara biologi lah). Separuh dna kita datang daripada dia (ayat ni tak dibuktikan secara klinikal, lebih kepada metafora, kawan2 doktor sila bertenang, jgn tembak dulu), Tak kira la sape pn ayah kita, apa pn pekerjaannya, apa pn keturunannya, apa pn kejayaan hidupnya, dia tetap seorang lelaki, yang telah berusaha (dalam kemampuannya) untuk membesarkan kita. Banyak yang dia dah korbankan. Kalau korang ingat senang bagi seorang lelaki nak lepaskan zaman bujangnya, fikirkan semula (kalau korang rasa ayat ni mcm pelik sebenarnya dalam kepala aku ada ayat omputehnya, aku translate direct BI-BM). Lelaki suka bebas, buat apa dia suka dengan duit dia, buat apa yang dia suka dengan masa dia, buat apa je dia suka dengan hati & perasaan dia. Sekarang bayangkan kalau lelaki yang dah bergelar ayah tak nak korbankan suma ni. Jadi bersyukurlah dengan ayah-ayah korang yang baik hati, nak suapkan nasik kat mulut kita (walaupun dalam ati kecil dia ada niat nak makeup kete, beli motor berkuasa tinggi, gi bercuti serata dunia dengan rakan-rakan), nak didik kita (walaupun boleh je masa bujang-bujang dia melepak, ape barang nak kena melayan kerenah anak kecil). Ingat, pengorbanan parents (both ayah & emak) sangat besar.

Korang yang rasa sangat memberontak (rebelious) tu udah-udah la, korang rasa korang besar sangat? independent sangat? nanti dah dukung anak sendiri, bayar barang isi rumah (satu rumah ye, untuk 2 orang ke atas bukan 1 bilik masa zaman belajar+bujang dulu. isi rumah = makan+minum, perabot2 basic, alat rumah, elektrik, air, internet = alaf ke 21 ni dah jadi wajib kot, telefon), loan belajar (PTPTN = Ijazah = 3 tahun = RM 21 ribu sahaja), loan rumah (berbeza ya dgn isi rumah tadi), loan kereta @ motor, loan kawin (kalau loan la). Bagi yang pinjam parents (not to disrespect you guys including myself) – please pay back, consider it as loan without interest.

Hah, berbalik pada pengorbanan parents, ikut-ikutkan apekah sebab diorg kena loan kan duit kat kita pulak kan? (sedangkan duit tu leh diorg buat gi tunaikan fardhu Haji, jalan-jalan makan angin, takpun besarkan umah) bukan ke kita kononnya dah berdikari. tak kira berdikari la kalau camtu. ye tak? berdikari = berdiri atas kaki sendiri. ni dah kira berdiri atas kaki parents @ parents still papah kita bertatih. lagi kritikal yang nak loan memanjang; equivelent to masih didukung oleh parents. (agak comel kalau bayangkan, 24 years old dude still didukung oleh parentsnya.kehehe.)

p/s: aku tak ada masalah pasal pinjam tu, wats bothering me people that think they’r so independent that they dont even bother appreciate what their parents has done for them. Kadang-kadang pandangan parents dibakulsampahkan sebab fikir kononya “aku dah dewasa”

So on this day (16th March 2010), saya Mohd Azhar bin Mohd Radzi, mengucapkan selamat hari lahir buat ayah tercinta, En Mohd Radzi bin Shamsuddin. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup ayah, seperti mana Dia merahmati Tabii’it Tabi’in dan Para Syuhada’. Acik anak ayah tak pernah melupakan jasa ayah. Ayah terlalu berharga buat acik. Kalau diberi emas, perak, awek yang cun, maupun Mitsubishi Lance Evo 10, acik tak nak diganti dengan ayah. Kalau ada satu hari ada orang datang, “dude, aku leh tukarkan ayah ko dengan mana-mana je orang ternama dalam dunia ni, nanti ko senang, kaya, terkenal”, acik akan memandang dia tepat pada mata (stright to his eyes) and said “well, he’s already rich, famous and irreplaceable in my heart, stab me dead, bring me back to life, than stab me again, i still won’t change my mind”.

HAPPY BIRTHDAY AYAH! ^_^v

Work-kah?-horlic : Monday Blues Edition

Salam,

Hari ni mcm biasa suma org bekerja dlm kelajuan minima. suma masih teringat movie yg ditonton semalam bersama yg terchenta (cinta), gi taman-taman bunga maupun taman haiwan (zoo). Ada gak yang terbayang betapa sedapnya Frappachino Caremel Starbuck sambil men”nenyeh” (root word: tenyeh) keyboard netbook kesayangan sbb nak jaga sayur di Facebook takpun nak tolong rakan kongsi gelap (mafia) mencari barang yg hilang. (semalam,) dunia ni rasanya penuh dengan harapan-harapan indah menggunung, burung masih berterbangan, bunga masih mekar dihalaman, anak-anak ikan berenang-renang menikmati kesejukan air terjun Bekok maupun Gunung Ledang (org Johor tau yg ni je, korang ada tempat riadah sendiri sila ganti part ini). Rasanya setiap detik semalam terlalu indah…….

..

..

..

.

UNTUK KORANG!

..

aku kena keje semalam (Sabtu & Ahad). hampeh. aku baru bayangkan nak rehat. yelah. 5 hari bekerja. outstation lagi. i thought “ok, enough for this week. i want to meet my friends, chill out and take some me time”..but NOOOOO..i have to frukin WORK!. Thats right from 9am to 10pm. In IT world, critical task need to be done (especially involving storage and network) during “down time“. In Malaysia (or the most part of the world i guess), this “down time” window is after office hour & weekends. Ok, fine, thats the case. Now its time for “one-two-jus” game between engineers, and unfortunate to me im suck at this game so u know how it ends.

But seriously I LOVE THIS JOB! (no, do laugh, this for real, I DO LOVE IT).

p/s: to my beloved friends, if i can suck it up, u (somehow) have to do it too. do support me ok?

p/s/s: i’ll officially change to DiGi (but still keeping my old 017 number) after 23/3/2010.

hari esok dalam sejarah~

*latar belakang lagu black eyed peas – i got a feeling*

Arini aku sesat lagi.cam harem tul.aku tak pandai jalan kl.mula2 kena gi site kat pj old town.entah brape kali aku round kat area SS 2..padahal jalan senang ikut SS 3..last2 aku patah balik LDP, pastu ikut SS 3..1 jam dari Damansara Perdana ke Old Town..wtd betul-lah. Sampai site.borak dengan customer, gembang lebih kurang, buat wayang kulit, assess the situation, pastu cabut. aku pun tak tau nak settle camne. Refer kat bos, diorg decide nak bail out of the project. hampeh. tapi takpe, aku pun mcm biase, gebang lagi cakap nak bring forward the prob & cari better solution. Aku bagi consultancy percuma selama 30 min pastu blah dengan polite-nye.

Dari PJ Old Town nak gi ke Subang Jaya lak. kali ni pergi dengan aman. macam org tau jalan padahal harem~ hentam je suma. nasib baek aku ada photographic memory, hafal la gak sikit2. sampai2 bos aku tanya “mana u tau tempat ni? pernah sampai sini ke?” aku lupa dia tak pergi discussion sebelum ni.aku macam biasa senyumkan je apa dia cakap. *aku tak tau la tapi aku rasa aku selalu senyum untuk jawap soalan.tak kira la soalan jenis ape pun.boleh lak macam tu kn?* projek yang aku gi ni real deal. aku lak technical lead. kalau aku kantoi alamatnya bulan depan balik kampung permanently! aku rasa aku dah prepare.tapi tah la.suma yang involve dalam projek ni otai2.pengalaman IT paling kurang 5 tahun. aku? tah, ape jelah aku tau dalam 1 tahun keje…

keseriusan (seriousness?) projek ni akan memaksa aku bz untuk 1 bulan akan datang. dia terlalu urgent sampai project ke sarawak kena tangguh~ layankan lah..pengalaman tu yang penting..

lonewolf: mood raya tah habis, kuih dam tak habis lagi. carry forward ke hari raya eiduladha.

*latar belakang lagu nickleback -someday*

tee-minus 1 day..

Esok aku dah berangkat balik ke Kolumpo..belum apa2 lagi dah terasa penatnya.bukan penat meredah kesesakan lalu lintas..penat memikirkan kerja..banyak projek kick off selepas raya ni..biasalah gomen..beraya tu penting, bagus jugak, sesekali lupakan la kesibukkan kerja..bercuti + muhasabah diri kemana perginya latihan rohaniah puasa sebulan tu..

Kerja mana pernah habis, ada saja yang nak dibuat..yelah, apa guna majikan mengajikan kita 2-3k sebulan kalau tak ada kerja. Ingat, ini bukan zaman PTPTN, biasiswa atau dermasiswa. Ada kerja, ada gaji. Aku selalu pandang mudah kerjaya sewaktu belajar, aku selalu kata kan ~ “Ah! kerja tu lebih mudah dari belajar, kan bagus kalau aku bekerja dari belajar@menjawab peperiksaan penggal” ~ sekarang, bila semuanya sudah tertangguh diatas bahu sendiri,tak mampu rasanya nak diulang frasa sama..tapi biasalah, lain padang lain belalang, senang disini mungkin susah ditempat lain..di masa belajar, duit menjadi limitasi, tetapi hidup lebih mudah (simple). bekerjaya, duit boleh dicari, tapi semuanya serba kompleks.

hari ini kawan aku: Ain Jamal – sudah memuat naik gambar kami beraya. seronok. macam-macam ragam. tapi membelek 200 keping gambar aku sedar 1 perkara. aku suka bergambar tapi aku tidak suka end-result nya. aku tak suka tengok (lihat) gambar aku sendiri. mesti aku dapat cari cacat celanya. tapi aku tau kenapa – mungkin sebab keyakinan diri aku rendah..ah! malas cerita panjang, kadang2 susah menjadi orang tidak hensem ni. haha.

lonewolf: 4 years of jetlag~ daym!

Hari Raya + SMK Dato’ reunion

Hari ni hari yang seronok. melepak & ber hari raya dengan member2. 21 org..21 cerita..masing2 dah ada dunia sendiri..dunia yg kami bentuk sendiri..=) semuanya dah berjaya..ada yang dah ada family..ada yang dah berkerjaya..sumanya gah2 belaka..aku? cukup rasanya aku berada sebahagian dari dunia kami ini..aku mungkin belum (lagi) tapi aku dah ada ceritera aku sendiri..

..

aku dah lupa brape rumah aku pergi hari ni..kujing, pesot, shah, ain, jnick, miji & liana..i can’t describe the fun but hell..i hope we can meet again next year..=)

..

to pesot, congratz..tahniah for the engagement..u are the first guy from our batch who has the courage to made the move..i pray for it to move on to the next stage and to eternity. sorry tak dapat nak convoy ke perak..have a safe trip..

..

to my sis..congratz gak sebab ari sabtu ni dah nak jadi mrs lan..tahniah again..u are my only sis..i’m always proud of u and hopefully you will have all the love and happiness till the after life..i’ll be ur cameraman as promise..=P

..

want to rant more but have to go..till next time..

p/s: better being love and lost then never been love at all?