Birthday Edition : Ayahku yang ku respek selalu

Salam,

Kira suma ada seorang ayah (secara biologi lah). Separuh dna kita datang daripada dia (ayat ni tak dibuktikan secara klinikal, lebih kepada metafora, kawan2 doktor sila bertenang, jgn tembak dulu), Tak kira la sape pn ayah kita, apa pn pekerjaannya, apa pn keturunannya, apa pn kejayaan hidupnya, dia tetap seorang lelaki, yang telah berusaha (dalam kemampuannya) untuk membesarkan kita. Banyak yang dia dah korbankan. Kalau korang ingat senang bagi seorang lelaki nak lepaskan zaman bujangnya, fikirkan semula (kalau korang rasa ayat ni mcm pelik sebenarnya dalam kepala aku ada ayat omputehnya, aku translate direct BI-BM). Lelaki suka bebas, buat apa dia suka dengan duit dia, buat apa yang dia suka dengan masa dia, buat apa je dia suka dengan hati & perasaan dia. Sekarang bayangkan kalau lelaki yang dah bergelar ayah tak nak korbankan suma ni. Jadi bersyukurlah dengan ayah-ayah korang yang baik hati, nak suapkan nasik kat mulut kita (walaupun dalam ati kecil dia ada niat nak makeup kete, beli motor berkuasa tinggi, gi bercuti serata dunia dengan rakan-rakan), nak didik kita (walaupun boleh je masa bujang-bujang dia melepak, ape barang nak kena melayan kerenah anak kecil). Ingat, pengorbanan parents (both ayah & emak) sangat besar.

Korang yang rasa sangat memberontak (rebelious) tu udah-udah la, korang rasa korang besar sangat? independent sangat? nanti dah dukung anak sendiri, bayar barang isi rumah (satu rumah ye, untuk 2 orang ke atas bukan 1 bilik masa zaman belajar+bujang dulu. isi rumah = makan+minum, perabot2 basic, alat rumah, elektrik, air, internet = alaf ke 21 ni dah jadi wajib kot, telefon), loan belajar (PTPTN = Ijazah = 3 tahun = RM 21 ribu sahaja), loan rumah (berbeza ya dgn isi rumah tadi), loan kereta @ motor, loan kawin (kalau loan la). Bagi yang pinjam parents (not to disrespect you guys including myself) – please pay back, consider it as loan without interest.

Hah, berbalik pada pengorbanan parents, ikut-ikutkan apekah sebab diorg kena loan kan duit kat kita pulak kan? (sedangkan duit tu leh diorg buat gi tunaikan fardhu Haji, jalan-jalan makan angin, takpun besarkan umah) bukan ke kita kononnya dah berdikari. tak kira berdikari la kalau camtu. ye tak? berdikari = berdiri atas kaki sendiri. ni dah kira berdiri atas kaki parents @ parents still papah kita bertatih. lagi kritikal yang nak loan memanjang; equivelent to masih didukung oleh parents. (agak comel kalau bayangkan, 24 years old dude still didukung oleh parentsnya.kehehe.)

p/s: aku tak ada masalah pasal pinjam tu, wats bothering me people that think they’r so independent that they dont even bother appreciate what their parents has done for them. Kadang-kadang pandangan parents dibakulsampahkan sebab fikir kononya “aku dah dewasa”

So on this day (16th March 2010), saya Mohd Azhar bin Mohd Radzi, mengucapkan selamat hari lahir buat ayah tercinta, En Mohd Radzi bin Shamsuddin. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup ayah, seperti mana Dia merahmati Tabii’it Tabi’in dan Para Syuhada’. Acik anak ayah tak pernah melupakan jasa ayah. Ayah terlalu berharga buat acik. Kalau diberi emas, perak, awek yang cun, maupun Mitsubishi Lance Evo 10, acik tak nak diganti dengan ayah. Kalau ada satu hari ada orang datang, “dude, aku leh tukarkan ayah ko dengan mana-mana je orang ternama dalam dunia ni, nanti ko senang, kaya, terkenal”, acik akan memandang dia tepat pada mata (stright to his eyes) and said “well, he’s already rich, famous and irreplaceable in my heart, stab me dead, bring me back to life, than stab me again, i still won’t change my mind”.

HAPPY BIRTHDAY AYAH! ^_^v

Leave a comment