Damansara-Bangi-Putrajaya-Bahau-Segamat-Batu Pahat-Segamat-Damansara

Salam,

1. First of all, (takde kena mengena dgn tajuk) aku nak diskus pasal “salam”. ada orang tanya kenapa tak assalamualaikum? jawapan aku -> aku taip “salam” tapi aku cakap “assalamualaikum”. Mana boleh macam tu? ok, aku bagi soalan (or lebih kepada latihan sebutan) -> jika nama lelaki nama “MOHD azhar bin MOHD radzi” adakah korang akan sebut “Moo-Hod” instead of Muhammad? Macam jugak “sy mmg x baik sy jht”. Dalam kepala korang (subconsciously) sebut “Saya memang tak baik saya jahat”. Betul? so why ur half a brain cant translate Salam to Assalamualaikum? thats puzzle me..dem!

2. Harini aku tak sihat. (Kesian kan?) berpeluh2 dlm bilik aircond. Harini aku nak halfday. So sementara menunggu printer abis mencetak dokumen aku, aku berblog (boleh tak macam tu? hehe)

3. Aku nak share sikit apa aku buat last few days.

4. Hari jumaat lepas (04/06/2010) aku bercuti..atas kertas. Kenapa atas kertas? sebab aku gi jugak site kat kl, ada keje urgent nak kena settle. Hari Jumaat tu aku plan pagi2 nak pergi Bangi (more on this later) tapi my kerjaya prohibit me to do so. Maka aku berada di site sampai pukul 3..*sigh*

5. Dalam pukul 5 aku sampai Bangi (yay!). Melepak2 bersama kawan2. Rasa diangkat gak bebanan dibahu. Baru la aku dpt lunch sambil melepak. Sangat best. (Aku rindu Bangi.haha)

6. Agenda malam tu, kitaorg beli KFC 1 bucket, lepak The Mines, mengisi perut dengan 1 ketul ayam sorang pastu berangkat ke Bangi (last2 lepak Tasik Cempaka.haha.ape punya plan la). Tapi takpe. Best, dah lama tak melepak sekali.

7. Berborak, share kisah hidup masing2..sebahagian dari malam tu~ sebahagian yang lain takleh nak share (persidangan tertutup.haha.)

8. Sabtu (tengahari) aku berangkat dari Bangi ke Putrajaya (hantar Bob) kemudian gerak ke Bahau (hantar Dzul). 1st time aku sampai Bahau (nasib baek ada pemandu arah), dapat la aku tengok sekolah yang Dzul mengajar. sungguh comel sekolah tu.haha.

9. Sampai Segamat aku disambut oleh adik aku. Owh, btw~ sebelum tu parents aku ada pesan kena gi Batu Pahat, makcik aku buat kenduri. Maka, aku yang kepenatan ni melepak sekejap, sebelum engine sejuk aku ajak adik aku gerak.

10. Tiba je kat Batu Pahat (umah makcik aku) terus tahlil. Sempat gak. Macam biasa, aku beramah mesra dengan sedara mara (borak2 kosong dan penuh). Soalan standard? related to KAWIN (biasalah kan?)

11. Yang pling penting dapat jumpa family including my anak buah – Aniq Fawwaz. Makin nakal, tapi baik (camne tu?). Dia suka buat hal dia sendiri. Tapi tak merengek, tak mengada2, as if dia tau dia kat umah orang so dia kena behave. Pandai abang+k.ipar aku didik dia.

11. Mainan (kekura berlampu, ada lagu – weird thing about the song, it actually sang “…where Aniq”, leh gerak2) hadiah birthday dah tak bersuara dah. Tapi xpe. main la cara mana pun Aniq. nanti Pak Uda beli lagi. janji Aniq eppy udah la.

12. Malam tu gak kitaorg balik Segamat balik. Pukul 1:30AM sampai umah. Penat tak hingat. Aku terus tido.

13. Ahad (petang) aku dah gerak balik Damansara. Sampai pukul 8pm. Jem segala bagai. Kepenatan tapi puas ati. Jumpa family, sedara mara & kawan2.

14. I feel like alive again..you guys are like fuel to my life..i will always cherish this moment~

P/S: Ada apa dengan soalan “Bila nak kawin?” ye tak? =P

One thought on “Damansara-Bangi-Putrajaya-Bahau-Segamat-Batu Pahat-Segamat-Damansara

Leave a comment