Mencari Sejemput Peluang

Salam untuk semua,

1. Diberikan satu peluang, pilih peluang atau kepastian

2. Peluang = perlu berusaha untuk sesuatu

3. Kepastian = conpirm dapat sesuatu

4. Aku? ..peluang itu lebih baik

5. Kadang-kadang kita perlu berpeluh untuk dapatkan sesuatu, jika 1/2 jalan sudah jemu bukan itu yang kita maukan.

6. Kalau dah mencuba tapi gagal, peluang akan membuatkan kita cuba lagi.

7. Pasti bukan tak baik tapi bukan untuk aku.

8. Pencarian mengisi hidup aku takkan terhenti, tapi adakah “peluang” ada bersama-sama aku?

9. Mengisi hidup = keluarga, kawan2, kerjaya, atau mungkin teman? (who knows, even for me, right?)

10. Aku diberi peluang yang baik dalam kerjaya, tapi dalam hal lain ~ kurang berjaya.

11. Kadang2 aku terlepas peluang, tapi bagi aku, tu bukan peluang

12. Kita takkan terlepas peluang sebab peluang tu sememangnya untuk kita. Dah ditulis.

13. Jika dengan izin Tuhan kita tak dapat merebut peluang, anggaplah ianya satu hint yang kita tidak bersedia untuknya.

14. Aku selalu pesan kepada kawan2 aku: “Kadang2 kita tak tau apa yang kita nak, mungkin kita nak sesuatu pada masa tu, tetapi hakikatnya kita tak perlukan, malah kita mungkin akan lupakan sebaik sahaja kita dapat”

15. Hakikatnya kita tidak pasti

16. Pasti = ikut gerak hati, penilaian akal, pengalaman

17. Tapi kalau dah sekali melangkah, teruskan. jangan paling kebelakang. yakinlah dengan kepastian yang kita dah nilai

18. Aku doakan kebaikan untuk semua

p/s: Semkema tak? haha, mod trainer hari ni. Maka serius lah~ =)

Leave a comment